Want your
own Fotopage?






 
MELAYU DI NUSANTARA

By: lela sari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 16-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
JANDA BAIK

Kampung(Village)Orang Asli Gombak
good for meditation
top of the world...
View all 14 photos...
as usual minang people will really love on green, fresh water, hills...the sound of birds and the feel of fresh air... Satu-satunya perkampungan melayu ditanah tinggi dan ianya dibuka oleh Org Minang satu ketika dahulu ......

malaysia banyak tempat yg menarik bleh diterokai....... cuti-cuti mesia !! Tue 20-Jul-2004 10:26
Posted by:jian eyuhu@yahoo.com  - [Link]
Betul ker org Minang suka suasana kehijauan?..jgn biar sawah ladang hijau ngan lalang dah laa.. Fri 6-Aug-2004 19:39
Posted by:dhen i_emie@yahoo.com  - [Link]
sawah penuh dng lalang bukan tanah org minang je ....cuma tanah berbangsa cina je yg bersih Thu 19-Aug-2004 01:18
Posted by:lela
Add comment


Tuesday, 15-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
sunset at Port Dickson ...

lonely
a sunset
 
View all 4 photos...
here is the place where i grew up....a great place for everthing....Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Care to comment?


Tuesday, 8-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
ONCE HE WAS A GREAT MAN

he who once a great man
they served a great man
in london
We Malay people have a very great story for the young generation...but they forgot who they was....picture say thousand word...

Hi!, very nice your fotopage.I hope your visit in my fotopage. I from brazil! Wed 9-Jun-2004 14:16
Posted by:Lucas CSN  - [Link]
siapa ni? kasi tau la... Sat 27-Nov-2004 10:48
Posted by:abu lopot sitisifir0@yahoo.com
Lelasari, who is this great man? What is his name? He looks distinguished. Wed 21-Jun-2006 07:58
Posted by:staljufri staljufri@yahoo.co.uk
View all 4 comments Add comment


Friday, 4-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
A DAY IN MY MOM GARDEN - PART 2

 
MONEY PLANT/Duit-Duit
rumput di tepi laman...
View all 6 photos...
ooohhh malaysia pun ada summerrrr...sekarang nie bunga-bunga di malayisa berkembang mekar....jika kita perhatikan dengan teliti pasti kita terkejut betapa indahnya malaysia diwaktu musim ini....

Care to comment?


Monday, 31-May-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
A DAY IN MY MOM GARDEN-PART 1

terung bulat
kekwa
bunga butang/button flower
View all 6 photos...

Care to comment?


Friday, 30-Apr-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
GOOD BYE/SELAMAT TINGGAL/SAYONARA

me?
my window to the world
access to the cube
View all 18 photos...
Today is my last day here....i will miss everthing ....

Care to comment?


Thursday, 29-Apr-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
A DAY AT TAMAN HAIWAN (ANIMAL KINGDOM)....

rupa-rupa?
lumba-lumba
yu?
View all 16 photos...
melawat zoo...membuat kita merasa gembira seketika....antara gambar saya ambil utk dijadikan kenangan ..mungkin seratus tahun lagi cucu saya hanya boleh menatapnya di sini saja......

i love the 13th pic.. !!!! Thu 29-Apr-2004 10:10
Posted by:NiNa NuraiN zue7@hotmail.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 25-Mar-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Journey to Negeri Sembilan - Seri Menanti

istana seri menanti
kubur diraja n9
tenun kain diistana
The five-storey Sri Menanti palace was entirely built of hardwood timber extracted from the forest . It is all black with a long balcony and wooden pillars carved with intricate gold flower motifs. best of all, this royal residence was built with neither nail nor screw.

It was designed by two local craftsmen and carpenters, tukang Kahar and Tukan Taib. The work began in Nov 1902 and completed 3 years later. The main pillars reaching the top centre tower about 21m high

Bagaimana Seri Menanti mendapat nama...

Setelah 9 suku bersetuju menabalkan beliau sebagai raja, beliau pun memberi setiap seorang sebiji anak benih (RASANYA BENIH POKOK NAM-NAM) untuk ditanam di kawasan setiap puak(dearah) tetapi syaratnya semasa menanam pokok ini tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun dan selepas itu masing-masing mesti berkumpul di satu tempat yg belum bernama.....tetapi semua 9 ketua puak tak tidak muncul-muncul. Raja tunggu selama sehari ......pabila muncul ditanyalah sang raja kenapa mereka lambat....kata mereka...mereka tak dapat menjalankan tugas menanam kerna kata mereka tanam biji dimana pun ALLAH akan nampak...... raja melewar amat suka cita kerana 9 ketua puak amat bijaksana dan mahir dalam hal agama dan kerana itulah tempat dimana baginda menunggu dipanggillah "sehari menanti" dan akhirnya SERI MENANTI....disitulah beliau membuat istananya dan pusat pemerintahannya....

Care to comment?


Wednesday, 17-Mar-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Journey to Negeri Sembilan - Masjid Kampung Dulang

masjid
kubur pengikut setia
situated at Kampung Peninjau, about 5km from Kuala Klawang town , this mosque is the oldest in Jelebu. It founded by Dato' Nika and Mudim Khatib Raja frm Minangkabau. The existence of this village also frm both of them and this old mosque has its own myth.

as the stroy goes, this was once the appearance of a tray of food at the mosque. The origin of this tray was unknown, the supply of food on the tray never depleted. No matter how many people ate from it, how large the congregation, there was always enough food for every body ...(It's like our Muhammad )..but when the moden days appeared and also the tray ...and the mystery still remains and the mosque got the name...Dulang in Malay mean tray .

Masjid Kuala Dulang

Terletak di Kg. Peninjau iaitu kira-kira 5 km dari pekan Kuala Klawang. Ia merupakan masjid tertua di daerah Jelebu dan diasaskan oleh Dato' Nika dan Mudim Khatib Raja pada awal abad ke-16. Pada asalnya masjid ini telah dibina tanpa menggunakan paku. Masjid ini mendapat namanya daripada satu peristiwa aneh yang berlaku di masjid ini. Dipercayai pada satu ketika dahulu terdapat sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan yang cukup untuk semua jemaah. Siapa yang menyediakan makanan tersebut tidak diketahui dan peristiwa tersebut berterusan sehinggalah dulang aneh itu ghaib secara tiba-tiba.

Care to comment?


Tuesday, 16-Mar-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Journey to Negeri Sembilan - Tun Tulis

batu nesannya bertukar menjadi busut putih
tabuh..
kubur tun tulis
View all 4 photos...
Tuan Tulis @ Ismail Jaaman ( 1840 - 1923)

Latar Belakang
Makam Tuan Tulis kerap dikunjungi orang ramai sejak dahulu kerana menghormatinya sebagai orang alim dan sholeh. Mungkin kerana dakwaan bahawa beliau keramat atau bertaraf wali maka ada pula yang melakukan perkara-perkara bidaah ketika mengunjungi makam beliau.
Tuan Tulis mendapat nama gara-gara kerajinan beliau menyalin isi kitab-kitab yang dimilikinya. Dikatakan ia menulis seolah-olah seperti membaca kitab-kitab itu. Ada pula memanggilnya Tuan Tulus kerana sifat peribadinya yang tulus ikhlas dalam menyampaikan dakwah. Beliau dipercayai lahir dalam tahun 1840an di Kampung Talang dan yatim piatu sejak kecil. Apabila berusia lapan tahun, beliau mula hidup berdikari dan berakhlak mulia.

Menghilangkan Diri
Menurut cerita orang-orang tua, ketika usianya 15 tahun saudara maranya ingin menjodohkan beliau. Kerana tidak bersedia atau bersetuju maka Tuan Tulis pun membawa dirinya keluar dari kampung tersebut. Disebabkan hampir 48 tahun atau setengah abad menghilangkan diri, saudara maranya telah menyangka beliau telah meninggal dunia. Sebetulnya beliau pergi Temerloh, Pahang dan mengaji agama dibeberapa tempat seperti di Pancur, Sanggang, Lubuk Kawah dan lain-lain tempat.

Dipujuk Pulang
Apabila mendapat tahu Ismail Jaaman ini masih hidup di Temerloh, saudara maranya datang menjemput dan memujuk beliau supaya pulang ke kampung halamannya. Beliau bersetuju pulang dalam tahun 1903. Menariknya, Ismail Jaaman dirayu lagi supaya berkahwin kerana umurnya ketika itu 63 tahun. Kali ini dia bersetuju tetapi hayat alam rumah tangganya selama tiga hari sahaja. Beliau lebih selesa membujang sepanjang hayatnya.

Amalan Hidup
Dalam tempoh beliau kembali di kampungnya, Allahyarham Tuan Tulis banyak membuat kerja kebajikan dalam masyarakat. Beliau tidak berat tulang untuk menolong orang susah, memberi nasihat dan menyeru amal maaruf dan nahi mungkar. Kesannya ramailah orang-orang yang dijadikan sahabat kembali taat dalam ibadah walaupun dulunya liat dalam menunaikan tuntutan agama. Namun begitu Tuan Tulis dikatakan tidak mengajar agama kepada orang lain secara langsung seperti membuka kelas pengajian. Dipercayai bahawa Tuan Tulis mewarisi Tarekat Satariah dan kuat beribadah. Diriwayatkan semasa hayatnya, Tuan Tulis menunjukkan beberapa kelebihan seperti mengingatkan kerbau-kerbau miliknya supaya tidak memakan padi di sawah tetapi hanya makan rumput sahaja.

Meninggal Dunia
Tuan Tulis meninggal dunia dalam tahun 1923 ketika berusia 83 tahun. Beliau dikebumikan di Kawasan Masjid Kuala Talang, Tanjung Ipoh. Tuanku Muhamad YDP Besar telah perkenan membina makamnya di sana.

nice Tue 16-Mar-2004 13:29
Posted by:Marty  - [Link]
Thu 8-Jul-2004 05:32
Posted by:wunnanz wunnanz@hotmail.com
Alhamdulillah. Selain drpd gambar2 ada sedikit latarbelakang tentang Tuan Tulis. Jika ada peta untuk ke makam beliau saya rasa lebih baik lagi. Wed 26-Jan-2005 01:40
Posted by:shahrul shrl@lycos.com
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.